Dalam banyak- banyak kemudahan awam yang terdapat di UUM, abseiling tower adalah yang paling aku minat.Tempat lainpun banyak yang aku minat , tetapi yang satu ini amat istimewa kepadaku.Akan ku kenang banyak kenangan manis di sini.
Menara ini tingginya lebihkurang 6 tingkat ataupun 60 kaki atau 20 meter.Tinggi tidaklah tinggi sangat kepada yang berpengalaman macam aku ini.Adalah sikit pengalaman, mungkin dalam 50 kali terjun ...Tempat ini banyak kenangan kerana aktiviti abseiling, repelling dan flying fox amat aku minati.Aku menggunakan menara ini sebagai alat untuk melatih anak-anak matrikulasi terutama mereka yang terlibat di dalam Rejimen Askar Wataniah ( RAW) dan Kelab Kecemerlanngan Matrikulasi (KKM) .Selalunya aku uruskan sendiri dengan menggunakan tenaga budak-budak matrik sambil mengajar mereka beberapa kemahiran asas seperti mengikat tali "anchor:" atau mengikat "harness" dan menggunakan "crab" atau "carrebiner" dan "figure of eight "dengan betul.
Di sini juga aku mengadakan kursus dengan guru-guru penasihat KKM bagi memantapkan fizikal dan kemahiran menguruskan tali di samping memupuk semangat kerjasama berkumpulan.Ada kalanya aku sebagai pelatih,adakalanya sebagaia julatih dan adakalanya aku sebagai pemerhati sahaja..selalunya memang akku jadi juruletih..pengurusan tali memang meletihkan..keluarkan tali ,,seusun crab dan figure of eight..harness ..sarung tangan dan sebagainya memang memerlukan ketelitian dan fokus kerana ia melibatkan nyawa.Kalau jatuh dari menara itu memang tak selamat..
Ada juga sekali tu aku menguruskan latihan abseiling..ketika itu aku sebagai pelepas di atas menara..berada di atas menara pada waktu awal petang memang mengujakan kerana menara itu seakan-akan bergoyang,,kita boleh rasakan ia bergoyang ..hanya kita yang tahu dan dapat rasakan..orang di bawah memang tak perasan...
Apabila aku lepaskan budak dari atas selepas memeriksa peralatan dan tali , maka keselamatan budak itu bergantung kepada tali dan pemegang tali keselamatan di bawah ..dan selebihnya berserah sahaja kepada Allah..Ada sorang budak tu turun dan terus meninggalkan tapak latihan..sepatutnya apabila selamat sampai dia perlu melaporkan kepada pelepas bahawa dia sudah selamat turun..tetapi tidak..terus dia hendak balik ke asrama..aku arahkan orang mencarinya selepas tamat latihan..ketika tamat latihan hari sudah hampir senja..
Aku tanya dia kenapa terus balik..dia kata ada seorang tua berjanggut putih dan bertongkat menyuruhnya balik dengan nada suara marah..kalau tak silap kejadian itu berlaku waktu hampir zohor..Jadi aku pesankan kepada pelajar tu supaya diamkan sahaja kisah tersebut..Alhamdulillah budak tu memang menurut kata..kalau tidak hebohlah cerita tu..
Aku ada bersembang dengan pengawal keselamatan yang lama/senior..kata mereka memang ada terserempak dengan orang tua janggut putih bertongkat tu..katanya orang tua tu orang bunian /penunggu tempat tu..dia selalunya pegi mandi/berwudhuk di tepi sungai berhampiran Dewan Muadzam Shah..Wallahuaklam..aku setakat ni memang dipelihara Allah daripada nampak perkara- perkara yang pelik dan luar kebiasaan tu..
Banyak lagi kenangan di menara tu ..nanti ada kesempatan lain aku cerita lagi Insyaallah ...