Selasa, 8 Julai 2014

AGM/ACM:MELAPORKAN DIRI

Aku melaporkan diri untuk bertugas kali pertama di Kolej Matrikulasi Universiti Utara Malaysia (KMUUM). Tarikh bertuah itu ialah pada  5 Mei 1991 (5/5/1991).Aku tidak keseorang kerana turut sama melaporkan diri ialah beberapa orang lagi rakan yang sama-sama mengikuti Kursus   Diploma Pendidikan ( Dip. Ed)  di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Kebanyakannya adalah daripada  opsyen Ekonomi  dan  Perdagangan .Ada  juga beberapa orang daripada opsyen lain.tetapi tidak ramai.

Antara beberapa nama  yang masih aku ingat ialah Aziz Kulop Saad,  Asmadi Madjan, Bahrin Sudir, Norhayati Saat, Maria, Jaffri Jaafar dan beberapao orang yang lain.Aku ingat nama -nama ini kerana lama bersama dan banyak kenangan manis bersama dengan mereka.Bukan sehari bukan dua  tetapi lebihkurang  hampir sepuluh tahun.

Aku tidak merasa asing kerana aku adalah ambilan pertama UUM  tahun 1984 -  1989.Nombor Matrik aku ialah 301. Kebanyakan pensyarah senior dan pengawal keselamatan  aku kenal dan mereka kenal aku.Sebab masa  belajar dulu  aku aktif  dalam  Pasukan Latihan Pegawai  Simpanan  ( PALAPES ).Aku berpangkat Sarjan dan banyak mengetuai perbarisan dan menjadi komander dari acara yang kecil peringkat universiti sehinggalah acara besar menyambut ketibaan Sultan Kedah yang juga Canselor UUM..Sultan Abdul Halim Muadzam Shah..

Pada hari daftar masuk atau melaporkan diri aku diperkenalkan dengan En. Abd Adziz Abas  yang pada masa itu menyandang pangkat Guru Kanan Hal Ehwal Murid ( HEM) dan En Junus Chin  ( PK HEA).Pengarah Matrik masa tu ialah En Nasruddin  Zainuddin Pensyarah Business UUM..Aku biasa jugak dengan beliau melalui kawan aku Roslan Husin ( sekaran pegawai besar di BTN Putrajaya.). Satu yang aku tak boleh lupa jasa beliau ialah dia menawarkan aku menjadi warden/Felo asrama.Bilangan pelajar ketika itu dalam seribu orang dan  di tempatkan di Kolej Kediaman TELEKOM  ( perempuan  )  dan Kolej  MISC ( Lelaki).


Walaupun aku belajar di UUM tetapi aku tidak pernah melangkahkan kaki ke kampus UUM Sintok.Dulu aku belajar di UUM Bandar  Baru Darulaman dekat Jitra Daripada mula hari  pertama sehinggalah ke graduasi.Jadi ini adalah pengalaman baru di tempat baru  dengan orang-orang lama.Lebihkurang  dua minggu melaporkan diri aku berkahwin semasa cuti semester dan balik sahaja aku terus membawa isteri masuk kolej sebagai warden/felo.Gembira betul isteriku  dengan hadiah perkahwinan yang sangat istimewa.Jadi felo bukan saja dapat rumah percuma ( tak tolak elaun seperti sekarang ) dapat kemudahan perabot, peti ais dan panggilan telefon percuma..wah...berbaloi tu...

Di kolej aku duduk dua tiga orang sebilik dalam bilik  pensyarah.Semuanya berhawa  dingin dan kami mendapat keistimewaan macam pensyarah juga dengan sedikit potongan dan pengecualian di sana sini.faham-fahan ajelah..kita menumpang..Status kami ialah guru kementerian  Pendidikan yang mengajar di dalam universiti.Kami sebenarnya cikgu  mengajar macam pensyarah.Budak budak atau pelajar pula bukan budak sekolah tetapi budak pra-universiti...dan mereka ini duduk dan belajar  dalam universiti..tetapi ketika itu kami diletakkan di bawah unit Sekolah Berasrama Penuh (  SBP)  sama macam kolej Melayu Kuala Kangsar, sekolah-sekolah berasrama penuh yang lain..Budak matrik habis belajar mereka akan masuk UUM dan tidak pergi ke mana lagi.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan