Selasa, 23 September 2014




AGM/ACM:KERETA PERTAMAKU: PROTON SAGA BCR7557

Aku berkahwin pada 19 mei 1991  dua minggu selepas melaporkan diri di Matrikulasi uum.Bapa mertuaku dah meninggal ,jadi abang iparku yang sulung menjadi ketua keluarga isteriku.Dia seorang kontraktor dan seprti projeknya yang lain dia nak aku kawin cepat dengan adiknya kerana itu adiknya yang bungsu.

Aku kata tak da duit dia kata sama je ada duit dengan tak de.Dia pinjamkan aku rm 1 500 dan tambah dengan simpanan yanag ada sedikit maka berlangsunglah perkahwinanku di simpang empat teluk pulai kelang pada tarikh keramatitu.Aku mintak mak  bawa rombongan dari kg sitiawan kampung ku ke kelang.aku uruskan penginapan.Satu bas penuh orang kg datanag nak tengok aku kawin.Tapi aku cakap kat mak oleh kerana orang kg semua dah tau tak payah la buat khenduri kat kampung.Pandai tak kepala otak geliga aku.Tapi  buat jugalah kenduri kecil kecilan panggil orang masjid kat kampung,

Bila dah kawin kerap aku berulang alik ke kelang naik bas.senang aje dari alor setar terus ke bus stand kelang dan kemudian ambil bas ke klang, dua tiga biji bas atau teksi dan sampai .tapi masalah timbul bila isteruku mengandung.makin lama makin sarat jadi susah nak naik turun bas.

Abang iparku offer supaya aku beli kereta dia,sebab diapun kaki tukar kereta dan dah menggatal nak ambil kereta baru.Dia suruh aku bayar pendahuluan rm 10 000 k  dan smabung bayar bulanan masa tu dalam rm 700.masa tu tak de apa apa komitmen lain bolehlah ..gajipun masa tu dah rm 1000 lebih.masalahnya ialah aku tak de lesen lagi.dan aku tak pandai bawa kereta.

aku buat pinjaman bank rakyat  dan cikgu zul montak jadi penjamin timbal balas .dia pinjam aku jamin akumpinjam dia jamin.isteriku naik bas bawa tunai rm 10k dalam poket ke klang.masa cuti  hujung minggu aku mintak tolong kepada cikgu ali roshidi ( Md Dee)  tolong bawa kereta dari kelang ke  sintok.Masa cuti  panjang budak balik dan asrama kosong.aku belajar bawa kereta sendiri sementara tunggu belajar dengan sekolah memandu biasa.

aku belajar memndu dengan memnadu kereta sendiri ke sekolah memandu.Pengajar tu pun hairan .sepatutnya beli lesen dulu baru belui keretra tapiu aku sebaliknya.beli kereta baru belajar memandu.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.aku llulus ujian memndu sekali jalan sahaja







Tiada ulasan:

Catat Ulasan