Aku ditugaskan menjaga Blok A.Masa tu kita orang tak kisahkan sangat soal nama.Lagipun senang mengingat dan menyebutnya.Apabila orang bertanya senang mengingatinya dan aku selalu melawak , "A tu pangkal nama aku.Jadi agaknya itu sebab pengetua kolej bagi aku jaga!"
Kebetulan pada masa tu blok A adalah khas untuk budak lelaki yang menjadi anggota Rejimen Askar Wataniah (RAW). Aku pulak kebetulan masa tu masih lagi berpangkat leftenan muda dalam RAW.Memang tepat sangatlah aku menjaga blok tu.
Masa itu ramai cikgu lain yang aktif dalam RAW seperti Fuad, Md Yusof, Ali Rashidee, Ahmad Fauzi dan perempuannya Rozila.Masa tu aku yang menonjol sangat sebab aku dah pergi kursus senjata kompeni dan masa belajar dulu aku yang paling aktif dan menonjol dalam PALAPES.
Malangnya masa tu aku sangat keras dan tegas dengan budak-budak matrik.Maklumlah kan namanya askar,Pagi- pagi Jumaat memang ada program pendidikan jasmani dan latihan sepanjang hari sehingga ke petang.Jadi aku buat jadual bertugas bergilir- gilir dengan cikgu lain yang berminat,Tetapi selalunya apa-apa hal mereka dan kolej akan merujuk kepada aku.
Aku menguruskan bahagian logistik- pakaian dan peralatan.Jadi bila akhir tahun, pelajar-pelajar yang akan naik ke peringkat ijazah akan menyerahkan kembali semua pakaian dan peralatan yang mereka pinjam.Pernah satu bilik aku penuh dengan pakaian askar.Bila aku nak kembalikan ke Markas RAW di Bukit Keteri Perlis pada ketaka itu, Adjutannya suruh aku lupus kira sahaja.Bayangkan satu bilik penuh uniform askar aku kena uruskan.Apalagi aku faraidkan kepada rakan-rakan guru dan mereka yang baik denganku termasuk geng pejabat dan KKM.
Apa lagi semua orang cukup suka dan sayang kepadaku.Tambahan aku tak kedekut dan berkira sangat.Lagipun benda tu bukannya aku yang punya.Lagipun aku nak buat apa dengan satu lori kain baju dan peralatan lain berloreng- loreng itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan