Pelajar - pelajar matrik ditempatkan di dua buah kolej kediaman.Pelajar lelaki ditempatkan di Kolej MISC manakala pelajar perempuan pula ditempatkan di Kolej TELEKOM.Kolej -kolej kediaman di UUM ditaja oleh badan-badan korporat dengan sumbangan sekitar Rm 250 000.00
Sebaik sahaja melaporkan diri aku ditawarkan menjadi warden/felo.Aku terima dengan hati terbuka.Ia adalah satu tugasan sangat bermakna buat diriku yang baru sahaja menceburkan diri dalam bidang pendidikan.Ia juga hadiah perkahwinanku.Tak perlu nak fikir masalah sewa rumah dan melengkapkan rumah dengan perabot dan keperluan asas lain.
Beberapa tahun kemudian aku meletakkan jawatan sebagai warden/felo kerana ada krisis dengan pengetua kolej.Aku naik angin apabila aku diarahkan berpindah oleh pihak uum yang ingin menaik taraf rumah felo.Aku tak kisah di suruh berpindah.Tetapi apabila aku minta kerjasama pengetua kolej MISC masa itu agar menyediakan lori untuk mengangkut barang dia boleh kata "mampuih pi la hang ".Itu loghat kedah.Bagi orang yang belajar dan duduk bekerja di kedah kebih daripada 10 tahun memang amat mencabar kejantananku.Kita minta tolong dia boleh tolak mentah-mentah dan suruh kita mati.ada akal ke?
Ketika itu isteriku sedang mrnunggu menunggu hari untuk bersalin.Kerja baik pulih sedang dijalankan di tingkat bawah.Rumah aku di tingkat atas.Bayangkan keadaan isteriku yang sedang sarat mengandung sedangkan di bawah rumah macam perang dua ke 2..Pihak pengurusan uum sudah menyediakan rumah ganti di kolej kelamin berhampiran masjid.masalahnya pengetua kolej lambat bertindak dan menyerahkan felo buat semua kerja.Senang je.Angkat telefon dan buat tempahan.Orang besar dengan orang besar senang cerita/Bila orang kecil macam aku telefon pegawai bahagian pengangkutan uum.pnajang ceritanya.
walaubagaimanapun akhirnya dapat juga aku berpindah ke kolej kelamin.betul-betul sebelah masjid uum.Aku ingat tempat tu cukup strategik walaupun hanya satu bilik mruang tamu dan bilik air.cukuplah buatggl aku dan isteri dengan dua orng anak yang masih kecil pada ketika itu.Malangnya tak lama aku tinggal di situ kerana ada gangguan makhluk halus.
Aku berpindah ke Changlun, pekan yang tidak jauh daripada UUM.Ia adalah pintu masuk ke uum dan terletak berhampiran dengan lebuhraya utara - selatan.Senang kalau nak ke mana- mana, Rumah sewa aku itu milik seorang kontraktor cina,Ah Guan.Sangat brtimbangrasa dan berbudi bahasa.Malam itu sebaik sahaja berpindah masuk , isteriku mengadu sakit perut nak bersalin.Terus aku bawa isteri ke hospital Jitra.Alhamdulillah selamat keduanya, isteri dan ankku yang ketiga.
Bermulalah kehidupanku sebagai guru biasa dan tidak lagi menjalankan tugas-tugas warden yang sebenarnya sangat mencabar dan mengujakan.Ini kerana kita rapat dengan pelajar dan dapat bantu mereka mengatasi apa jua masalah mereka. Tapi rasanya enam tahun menjadi warden cukup berbaloi...ada kesempatan aku ceritakan sebahagian kisah bersama pelajar di kolej kediaman MISC UUM..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan