Isnin, 6 Oktober 2014

Van Idris



Tinggal di Taman Mahsuri Jitra dan mengajar di  UUM Sintok memang mencabar.Awal pagi sudah kena bangun dan sampai rumah agak lewat petang.Perjalanan pergi dan balik tidak ada kesesakan lalulintas kerana sebahagian besarnya adalah menggunakana laluan PLUS  dan sebahagian kecil laluan biasa apabila nak masuk ke Sintok dari  Changlun.

Idris ni junior aku semasa belajar di UUM dulu.Dia seoranga yang ceria dan sentiasa tersenyum.Dia memiliki sebuah Ford Econo dan kami menumpangnya untuk pergi dan balik ke UUM.Bayaran masa tu kalau tak silap seratus ringgit seorang bagio sebulan.Masa tu kira cukup murah dengan segala kemudahan nya tak perlu isi minyak, memandu dan boleh berehat lagi sepanjang jalan pergi dan balik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan