Isnin, 6 Oktober 2014

Kantin Pak Lah

Kantin Pak Lah terletak di Bangunan B5  kolej TELEKOM yang menempatkan pelajar-pelajar perempuan Matrikulasi.Kerap aku dijemput ke kantin ini apabila pelajar mengadakan jamuan dan aktiviti di bangunan tersebut.Di situ juga terletaknya pentadbiran Kolej TELEKOM.Jadi jika ada mensyuarat felo/warden memang jamuan akan di adakan di situ.

Pak Lah  tinggi tegap orangnya tetapi berkulit gelap.Dari ceritanya aku dapat meneka dia pernah berkhidmat di dalam pasukan keselamatan sebelum menceburkan diri ke dalam perniagaan makanan.Dia dan isterinya peramah dan mudah mesra.Kalau aku bawa isteri dan anak- anak bersama bukan main gembira mereka bermain dan bermesra dengan ank- anakku.

Makanan di kantin Pak Lah biasa sahaja tetapi yang istimewanya ialah harga dan layanan beliau suami isteri.Selalunya aku memang suka masakan dua rasa atau tiga rasa ikan bawal atau siakapnya.Tetapi yang tidak boleh dilawan ialam mesranya menyapa dan menyambut kedatangan kita disamping menghantar kita pulang sampai ke kereta.Ini memang siapapun tak boleh lawan.Jadi kalau  pelajar matrik minta  pendapat aku memang aku cadangkan kafe Pak Lah untuk sebarang majlis jamuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan