Rabu, 9 Julai 2014

AGM/ACM:MENYAMPAIKAN KHABAR MAUT

Bagaimana hendak memaklumkan kepada seseorang bahawa ahli keluarganya sudah meninggal dunia? Berita kematian berbeza dengan berita -berita yang lain.Berita tentang kematian boleh menyebabkan kematian bagi orang yang mendengarkan berita itu jika dia mengalamai masalah jantung yang kronik.Jadi apabila menyampaikan berita tentang kematian perlu berhati-hati.Inilah yang akan saya ceritakan sebentar lagi.

Pada  satu petang sedang saya berehat di rumah saya menerima satu panggilan telefon.Orang itu mengenalkan dirinya sebagai pegawai bertugas di Plaza Tol BUkit Wang Jitra .Katanya ada seorang  pelajar terlibat dengan kemalangan maut apabila motorsikal yang yang ditunggangnya merempuh pembahagi jalan dan dia terhumban ke jalan dan meninggal di tempat kejadian akibat  patah tulang tengkuk.

Dengan segera aku membuat panggilan telefon kepada rakan felo yang lain iaitu Aziz Saad  dan Zulkifli Montak.Kami segera ke tempat kejadian dan ketika sampai mayat masih panas lagi.Kami berjumpa dengan pegawai berkenaan dan pegawai tersebut menyerahkan dompet milik ei mati.
aku memeriksanya dan mendapati dia adalah pelajar berasal dari Kelantan dan terdapat nobor telefon di dalam dompet berkenaan.

Aku berbincang dengan Aziz dan Zul tentang siapakah yang akan memikul tugas untuk membuat panggilan kepada keluarga si mati.Semuanya menjurus kepada aku.Kata Aziz dan Zul , aku yang menerima panggilan telefon, aku yang menelefon mereka,aku yang membawa mereka ke tempat kejadian dan yang paling besar aku dah kawin manakala Aziz dan Zul masih bujang.mati kutu aku dibuatnya.Aku akur.Tetapi syaratnya mereka tolong uruskan perkara yang lain dengan pihak Polis dan Hospital.

Aku mendail dombor telefon menggunakan telefon PLUS.Masa tu mada ada telefon bimbit.Yang menyambut panggilan adalah seorang lelaki.aku tanya  kenal tak budak ni nama sekian-sekian..dia kata itu adik dia..aku tanya lagi..ada sakit kronik tak?..dia kata dia sihat..tetapi bapak dia ada sakit lema jantung..aku bersyukur..mujur bukan bapak dia yang sambut panggilan..silap-silap ada dua mayat hari itu,,lalu saya menceritakan apa yang berlaku ..dia terdiam sejenak lalu menucapkan terima kasih atas makluman dan akan segera ke kedah..

Sementara itu mayat diuruskan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar ( Bangunan lama dekat Stadium negeri)..alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..aku yang hampir demam...itulah pengalaman pertama aku memikul tanggungjawab yang berat..alhamdulillah jika ikhlas Allah akan mudahkan ..amiin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan