Jumaat, 26 September 2014

BUKU PERTAMAKU:MODUL KECEMERLANGAN DIRI ( MKD )

Aku mengikuti kursus The Silva Method Mind Control ( SMMC ) pada hari ulangtahun perkahwinanku 16/5/1996 di Mariners Club George Town Pulau Pinang.Aku pergi bersama Mustapha Kamal , Pengerusi Bina Insan , sebuah badan ngo yang mengkhusus kepada latihan kepemimpinan dan kemahiran belajar untuk budak-budak sekolah di Kedah dan Perlis.Selama dua hari satu malam aku bersama dengan  beliau mengikuti kursus tersebut.

Selepas tamat kursus aku menterjemahkan modul latihan ke dalam bahasa Melayu.Semasa berkursus aku ada berbincang dengan Puan Lily  Soh , isteri kepada Mr soh pemegang francais smmc di Malaysia.Kataku  aku berminat nak terjemahkan kursus tersebut ke dalam Bahasa Melayu.Beliau menggalakkan aku kerana katanya pernah ada dua orang Melayu yang berhasrat sepertiku tetapi terbengkalai di tengah jalan.

Balik sahaja kursus aku menyelesaikan kerja-klerja terjemahan selama beberapa bulan dan memurnikannya sehingga aku betul- betul  puas hati. Kemudian aku mengajarkannya kepada  pelajar- pelajar PMUUM .Kemudian En Yasim Mat Saat,PKHEA, pada  masa itu memanggil aku.Katanya dia mendengar khabar aku mengajarkan sesuatu yang baru kepada  pelajar-pelajar.Aku  mengiyakan dan dia  meminta untuk melihat modul yang aku gunakan.Esoknya dia memanggil aku sekali lagi dan meminta supaya aku menyerahkan diskette ( floppy disc ) yang besar enam inci tu kepadanya,Aku mengikut dan mengiyakan sahaja tanpa banyak soalan.

Dua minggu kemudian seorang pembekal yang selalu menguruskan percetakan majallah mengajak aku minum di kantin.Aku menerima pelawaannyaa.Sambil minum- minum dia menunjukkan sebuah buku kepadaku.Terkejut aku apabila melihat  tajuk buku dan nama penulisnya ialah nama  buku  MKD dan nama penulisnya ialah namaku.Terkejut beruk aku dibuatnya.Lalu dia menjelaskan bahawa dia di arahkan oleh En Yasim supaya  berbincang dengan aku tentang  buku tersebbut.

Aku sangat  berpuas hati dengan draf buku tersebut dan tidak ada bantahan langsung tentang
 kulit ,isi dan cara persembahan. Kemudian aku ingat  perkara itu selesai di situ sahaja.tetapi tidak.Sebulan kemudian En Mat Radzi , pegawai pembekal tersbut datang lagi dan kali ini dia datang bersama dengan sebuah van.Dalam van itu aku lihat buku yang  berbalut kemasa.Kemudian En Yasim memanggil aku dan mengarahkan supaya aku menguruskan agar buku itu diberikan kepada
setiap  orang pelajar .Masa tu budak matrik ada dalam 2500 orang.

Hampir sebulan aku menguruskan pengagihan buku tersebut sekali lagi Encik Yasim memanggilku
.Dia menyerahkan sekeping cek bernilai lebih daripada RM 1200.00 Aku kehairanan dengan cek itu .Dia menjelaskan bahawa itu adalah bayaran honorarium untuk buku yang sebanyak 2500 naskhah  yang dijual pada harga RM 6.00 senaskhah.

Alhamdulillah, rezki  buku pertama aku di  matrik uum.Syukur apa yang aku korbankan  berbaloi.Untuk menghadiri kursus smmc pada masa itu aku habis sekitar  RM 1000.00 juga.Jadi Ia umpama menutup kembali perbelanjaan yang aku keluarkan.

Aku ingat cerita dengan Mat Radzi  habis di situ sahaja.Tetapi tidak Beberapa bulan kemudian dia datang lagi.Katanya buku aku itu berpotensi untuk dikomersialkan.Aku ia kan sahaja sebab memang itu bidang kerjayanya.Jadi dia mencadangkan supaya buku itu dicetak kali kedua  dengan jumlah 5000  naskhah.Aku bersetuju dan pertemuan kami  habis di situ sahaja,.Aku berjumpa dengan En Yasim dan menanyakan pendapat beliau tentang hal itu. Katanya tidak jadi masalah tetapi jangan bebankan diri dalam kerja-kerja pemasaran.

Dua tiga minggu kemudian Mat Radzi datang ke rumah dengan  van dan keretanya sarat dengan  5000 naskhah buku MKD.Terkejut isteri dan anak- anak melihat bilik bacaan   aku sudah menjadi perpustakaan mini.Malam itu aku baring di atas  buku - buku itu sambil membayangkan bagaimana hendak aku uruskan  penjualan 5000 naskah  buku yang bernilai hampir RM 30 000.00 itu.Tapi bila mengingatkan pesan En Yasim  aku merasa lega.

Setahun kemudian Mat Radzi datang kembali bertanyakan  tentang buku itu.Aku tunjujkkan beberapa naskhah yang dapat aku jual dan kami akhirnya memutuskan beberapa perkara. Buku itu dikembalikan dan aku meminta diberikan 1000 naskhah   sebagai honorarium dan selebihnya Mat Radzi dan syarikat yang uruskan  penjualan.Lega  aku kerana beban sudah terangkat tetapi  sedih juga terpaksa melepaskan satu pprojek bernilai RM  24 000.00.

Ada jugaMat Radzi menjemput aku ke sekolah Vokasional Teknik 2 di Sungai Petani untuk mempromosikan jualan buku tersebut.Disitu aku berjumpa dengan kawan lama cikgu Norizam, yang  sama belajar di UUM dulu.Dan ada juga beberapa kali aku berceramah di sekolah ini dengan kerjasama cikgu Norizam.

Buku MKD aku cetak sendiri beberapa kali dan hingga kini mungkin bilangannya mencecah hampir 50 000 naskhah.Ada setengahnya aku hadiahkan ke sekolah,surau,masjid dan rakan- rakan serta hadiah kepada pelajar-pelajarku.Sehingga kini aku masih lagi mencetak dalam jumlah kecil  untuk kegunaan pelajar-pelajar kelas yang aku ajar di sekolah.

Lain kesempatan aku ceritakan lagi tentang beberapa buah buku ,lima kesemuanmya yang aku susun ,terjemah , cetak dan jual secara komersial  dan kekcil-kecilan.Buku- buku itu boleh dibaca di sini  http://manmat.tripod.com/azamanindexintro.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan