Bangunan ini adalah yang paling besar dan tinggi selain daripada Dewan Muadzam Shah.Memang betullah dengan fungsinya sebagai gudang ilmu.Walaupun kami menumpang tetapi staf yang bertugas tidak pernah membezakan pelajar Matrik dengan pelajar UUM.Jadi dari segi perbandingannya pelajar Matrik sangat bertuah kerana mempunyai buku rujukan yang jauh kebih banyak dan baik berbanding dengan rakan mereka yang lain
Aku memang kaki buku.Kerja aku masuk perpustakaan cari buku-buku yang baik kemudian hantar ke kaunter fotostat.Kadang-kadang pagi aku hanatara aku ambil semula pada sebelah petang atau keesokan harinya bergantung kepada jumlah buku, Aku buat koleksi peribadi di rumah dalam bilik khas.Ada setengahnya sampai sekarang masih kekal dalam simpananku.Maklumlah zaman dulu mana ada scanner .Seamua perlu disimpan dalam bentuk hardcopy.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan