Isnin, 6 Oktober 2014

kantin Pak Leh

Pak Leh memang seorang tukang masak profesional.Apa yang kita minta itu yang kita dapat.Maasakannya memang sedap dan ia mendapat pujian sesiapa sahaja yang datang makan dan  minum di situ.Ia terletak di Kolej MISC atau Kolej Ke Enam.Ia didiami oleh pelajar - pelajar lelaki Matrikulasi.Iseriku pun sangat meminati masakan Pak Leh.

Kalau ada jamuan atau mesyuarat kolej kediaman yang melibatkan kedua-dua kolej,  selalunya diadakan di pejabat Kolej MISC.Biasanya Cikgu Sabirin , Pengetua Kolej akan mengadakannya di Kolej MISC.Jadi cikgu /felo perempuan akan datang bertandang.Jarang mereka merungut kerana selepas mesyuarat sudah pasti juadah istimewa hasil tangan Pak Leh sedia menanti.Semuanya  terdiam apabila merasai masakan Pak Leh.Mesyuarat yang panas sebentar tadi terus jadi sejuk..

Pak Leh orang Kedah/Perlis.Jadi beliau mudah  mesra dengan loghat yang tidak terlalu sukar kita orang luar kedah/perlis untuk memhaminya.Dia berpengalaman berniaga makanan di UiTM Arau Perlis sebelum ini.Lagi satu kelebihan Pak Leh , dia mesti beri lebih.Kalau kita pesan makan untuk 25 orang , dia akan sediakan makanan untuk 30 orang.Kalau Kita  pesan nasi bungkus  30  dia akan beri dua atau tiga bungkus lebih termasuk buah-buahan dan juga minuman.

Memang masing- masing orang ada gaya dan cara yang tersendiri.Tetapi kita yang berurusan dengan mereka dapat merasakan keihklasan di dalam makanan dan minuman yang mereka sediakan.Percaya atau tidak apabila kita makan makanan yang disediakan dengan penuh penuh kaksih sayang, kita akan merasa kenyang dan perasan sedap itu akan kekal dalam ingatan walaupun kennyangnya sudah hilang.Begitulah dengan Pak Leh.

Lama Pak Leh memegang tender di kafea Kolej MISC.Sekali sekala  apabila teringat aku akan memmbawa isteri dan anak-anak makan di kafe Pak Leh walaupun ketika itu aku duduk di Changlun.Sambil makan Pak LEh tidak berkira untuk duduk bersama melayan kami makan sekeluarga macam keluarga sendiri.Inilah kelebihan yang mudah di dapati di negeri Kedah.Berbeza dengan negeri-negeri lain.Selama lima tahun belajar dan hampir 10 tahun mengajar  di kedah , inilah kenangan yang dapat kurasai kehangatannya hingga ke hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan