Sabtu, 5 Julai 2014

AGM/ACM:TANGKAP ANAK MENTERI

Semasa bertugas sebagai guru disiplin pada hari pendaftaran pelajar aku diamanahkan untuk menangkap pelajar yang berambut panjang.Mereka ini kemudiannya dirujukkan ke bilik gunting dimana seorang tukang gunting bekas tentera sedang menunggu.Tukang guntung ni tahu satu fesyen sahaja iaitu fesyen rambut askar.Cuma sebut saja nombor  1.2.3. atau 4. Satu paling pendek manakala nombor 4 paling panjang.tapi tau-tau ajela rambut askar.kalau panjang pun panjang manalah.

Sorang budak ni aku tengok rambut dia memang panjang melebihi kolar baju.Dia baru sahaj turun daripada teksi.Dengan pantas akupun terus memegang  lengannya dan membawa dia ke bilik gunting.Aku suruh dia duduk di bangku sementara  menunggu giliran.Selepas itu aku beredar mencari 'mangsa" yang lain pula. tidak lama kemudian aku lihat pelajar tadi sudah berada di tepi jalan dengan beg besar menanti teksi tiba.Belum sempat aku berjumpa dengannya aku lihat dia sudahpun berada di dalam teksi.Itulah kali terakhir aku melihat wajahnya.

Aku yang kecewa kembali mencari mangsa,  salah seorang cikgu lain datang kepadaku.Akupun dah lupa siapa dia namanya.Katanya:"engkau tau tak sapa budak  tadi tu?" ."Budak mana pulak ni?",balas aku buat-buat tak mengerti."Ala, budak tadi yang ko tangkap suruh gunting rambut tu!",balas cikgu tadi."Kalo ye pun kenape? Ada masalah ke?",tanyaku serius.."Budak tu anak Tan Seri DR........Timbalan Menteri ....!Ko tak tau ke?" Beria-ia cikgu tu ."Ye Ke?",jawab ku dengan nada terkejut.."Tu la..lain kali cakap siang pandang=pandang,cakap malam dengar- dengar", nasihatnya lagi sambil berdedar..

Malam tu aku tidur tak lena mengenangkan apa yang akan berlaku esok dan hari seterusnya.Kalau dibuatnya  budak tu repot kat bapak dia ..naya aku..fikir aku dalam hati..tapi aku bukan buat apa=apa.cuma suruh dia gunting rambut aje..lagipun kan dia diberitahu tentang pertaturan kolej..mesti berpakaian kemas dan berambut pendek ketika mendaftar..siap bagi pamphlet bergambar lagi potongan rambut yang dibenarkan..

Aku tak sedar bila masa aku terlena..aku sedapkan hati  dah tugas guru..apa yang kena buat mesti dibuat tanpa mengira pangkat dan darjat..apa nak  jadipun jadilah,,Allah swt tu kan ada..Dia Maha Mengetahui..


Tidak ada apa yang berlaku..budah tu aku dengar menyambung pengajian di USM..bapanya masih lagi orang besar hingga kini...aku ...masih lagi cikgu,,,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan