Ahad, 28 September 2014

belajar jadi bomoh

Menjadi jurulatih apa jua kemahiran memerlukan pengetahuan yang tinggi di dalam sesuatu bidang dan juga mengetahui perkara- perkara asas di dalam beberapa bidang yang lain.Sama seperti  belajar juga.Kita ada major dan minor  di dalam bidang tertentu sama ada berkaitan atau tidak kedua- dua bidang tersebut.

semasa di dalam KKM aku turut mengendalikan program peningkatan ilmu selain daripada kemahiran menggunakan tali /rope management bersama dengan komonda Udara.Aku mengambil inisiatif dengan beberapa orang guru lelaki untuk belajar menjadi perawat Islam.Sekurang-kurangnya jika berlaku gangguan makhluk halus emasa program latihan  bolehlah  kita lakukan sesuatu sementara tibanya bantuan.

Ketika itu Pengarah Matrikulasi ialah Tn Hj Abd Rahman Mustapha .Belaiau memang terkenal sebagai salah seorang murid kepada Pengasas Darul Shifa. Jadi aku mengambil peluang untuk belajar serba sedikit tentang rawatan alternatif  memandangkan ada pakar rujuk.

Jadi kami dapatkan persetujuan dengan Ust.Rahman dan beliau bersetuju untuk bersama-sama berkongsi  ilmu. pada satu malam Jumaat di salah sebuah dewan di The Mall UUM.Banyak yang kami pelajari tentang asas- asas rawatan secara Islam khas mengikut sunnah Nabi s.a.w. Turut sama yang aku ingat ketika itu ialah Md Diah, Ahmad Fuad, Safrin,ZulKifli Montak, Asri Alaudin dan beberapa orang lagi.Rasanya semua lelaki.

Pada masa kelas tamat selepas Ust Rahman beredar kami duduk-duduk dulu sebelum bersurai,Sedang sedang bersembang ada yang terbau kemenyan.Apa lagi macam cerita  DoReMi , kami pun tak banyak cerita terus bersurai tanpa banyak tanya.Maklumlah bau kemenyan malam Jumaat  ertinya  adalah makhluk halus berhampiran...

Apabila buka sekolah, hari ahad ( Kedah cuti hari Jumaat)  kami bersembang di kafetaria tentang program yang diadakan pada malam Jumaat yang lalu.Cikgu Fuad ( sekarang Timbalan Pengarah Matrikulasi Perlis ) membuka ceritanya.Katanya dia dalam perjalanan pulang ke JItra malam itu. Tiba-tiba di tengah jalan keretanya terasa berat dan terpaksa dia menggunakan gear tiga padahal jalan lurus dan datar.Keadaan ini berterusan selama beberapa minit.Ketika itu kiri kanan jalan memang hutan dan pokok getah sahaja.\

Sampai sahaja di sebuah restoran  yang terletak di tepi jalan ,  tiba-tiba keretanya kembali normal dan tidak ada rasa berat lagi.Ketika itu dia menggunakan kereta lama Mazda 323 yanag amemang badannya berat berbanding kereta tempatan. Ingat cerita ini habis di situ sahaja, Tetapi tidak.Beberapa minggu kemudian ketiaka berbual timbul semula  rentetan cerita ini. Kata Fuad, dia ada singgah makan di restoran berkenaan.Waktu itu hari dah malam.Sambil makan dia berbual dengan pekerja di restoran itu.

Dia buka cerita tentang kereta jadi berta tempohari, lalu pekerja restoran itu terus membuka cerita..Kata mereka pernah di hadapan restoran  ada lembaga tanpa kepala lalu di jalan besar di hadapan restoran itu..Kata Fuad agaknya dia tu lah yang menumpang tempohari,Selepas itu kata Ffuad lagi jika tidak ada apa hal yang penting tak payahlah masuk ke UUM..

Tetapi bagi aku alhamdulillah tidak ada apa yang mengganggu dan kursus yang aku ikuti itu aku tambahkan lagi dengan belajar berguru dengan sumber-sumber lain, Maklumlah ilmu itu umpama air lautan .Ynag kita dapat hanya  hujung jari sahaja umpama titisan jika kita mencelupkan tangan ke lautan.Terima Kasih Ust Rahman..Jazakallahu Khairan Kathiran...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan