KKM/kelab Kecemerlangan Matrikulasi ditubuhkan sebagai awadah untuk melatih kepimpinan pelajar matrikulasi uum.Banyak perkara yang dipelajari untuk diajarkan kepada pelajar-pelajar matrik.Ia satu wadah berlatih untuk melatih.
Aku dan kawan-kawan seperti Cikgu Md Diah, FuadMd Noor,Ustazah Bushra,Idris,Zulkifli Montak,Asri Alauddin dan ramai lagi melibatkan diri sebagai guru penasihat.Asalnya ia adalah idea untuk melatih pemimpin pelajar.Kemudian masa tu Md Diah dan rakan-rakan berjumpa dengan Menteri Pendidikan ketika itu,Datuk Seri Anuar Ibrahim.Perjumpaan berjaya dan mendapat kelulusan budget sebanyak hampir rm 25 000.00.
Akaun dimasukkan atas nama Pusat Matrikulasi dan bermulalah program melatih kepemimpinan kepada para pemimpin pelajar.Ada beberapa kali program diadakan setakat untuk menghabiskan peruntukan rm 25 k itu, Guru-guru diberi latihan fizikal , mental,spiritual dan motivasi terlebih dahulu sebelum mengendalikan program kepada pelajar.
Aku tak boleh lupa ketika aku membuat kertas kerja kejurulatihan dengan kerjasama pasukan HANDAU ( Komando ) TUDM Kepala Batas Alor Setar.Jadi sebagai pengarah projek aku gunakan segala sumber yang ada untuk memberi pendedahan kepada guru-guru dalam bidang pengurusan tali /rope management.
Alhamdulillah kebetulan ada kemudahan abseiling tower di Pusat latihan PALAPES UUM.Jadi pasukan komando datang dan melatih kami di tempat sendiri.Jimat kos pengangkutan.Kami diajar cara mengikat tali "anchor" .membuat harness dengan menggunakan tali belati ikat kerbau. Habis berbirat badan dan lebam-lebam sebaik sahaja habis latihan.
Uniknya kami diajar basic yang terlalu basic.Lebih kepada survival.Jika kita mempunyai kelengkapan yang paling minima, maka gunakanlah apa yanag ada.Itulah bentuk latihan ala komando dan kesannya untuk diriku lekat sampai sekarang.
Aku turut menjadi jurugambar dan merakamkan perjalanan majlis pada hari itu dengan merakamkan peristiwa dan agenda penting.Kami diajar untuk melakukan abseiling dan running down.sampai kini kenangan dan kemahiran ini antara yang paling berharga untuk diriku,
habis sahaja kursus, setiap kali ada kursus kkm mesti ada program abseiling dan aku adalah tunggaknya.Rakan-rakan lain turut membantu.Antara pengalaman abseiling yang tak boleh dilupakan ialah ketika kursus di Bukit wang Jitra dan Lata Bukit Hijau,
Ketika di Bukit Wang sewaktu rehat aku turun sendiri dengan hanya menggunakan caribiner/ crab sahaja tanpa figour of eight. Crab tu tak de pengunci ia milik abang ku seorang komando.Bila turun sahaja , aku meluncur dengan laju dicelah batu dan tergesel dua tiga kali ke batu di kiri dan kanan laluan yang setinggi hampir 20 meter.Mujur pelajar- pelajar sedang makan dan berehat jauh sedikit, mereka tidak perasan apa yang berlaku. Sebaik sahaja sampai di bawah aku memriksa belakang baju dan selur .ada yang koyak dan bercalar belakang dan badan. alhamdullillah tidak ada luka berdarah..moral of the story,,mesti ada bantuan orang ketika melakukan sesuatu aksi ekstrim
Ketika di Lata Bukit Hijau aku pergi ke puncak air terjun yang paling tinggi bersama dengan seorang pembantu,Aku rentang tali di puncak air terjun dan julurkan tali ke bawah.Tinggi hampir 100meter dan pesan kepada pembantu sekiranya berlaku sesuatu ,tarik tali keselamatan.
Aku naik ke atas dan turun dengan running down/berlari dengan air terjun ke bawah.Rupanya di bawah air terjun telah membentuk lohong/telaga sedalam hampir 10 kaki.Jadi aku terjun dan landing di dalam telaga tu dengan baju , seluar dan but askar.Apalagi terkial-kial lah aku di dalam telagatu sebab pakaian yang berat.dan budak pembantu tu pulak masa tu sibuk bermain dengan anak ikan dan tidak perasankan aku di dalam telagatu sebab ia macam kolam besar dan dalam kolam tu ada lubuk yang dalam.
Alhamdulilllah aku tak panik dan perlahan-lahan menarik badan ke atas.Apabila sampai di atas permukaan aku jeritkan budak tu baru dia perasan.Aku sergah dia dan selamaba dia jawab, cikgu kan pakar...mati kutu aku..apapapun allhamdulilllah selamat.masatupun dah senja dan dekat maghrib.aku buka tali dan turun ke bawah.
Jika sesiapa yang pergi berkunjung ke Lata Bukit Hijau Kedah..jangan lupa naik ke puncak air terjun yang paling tinggi...baru anda dapat bayangkan apa yang berlaku dan orang yang gila-gila seperti aku pernah buat di situ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan