Salah seorang Timbalan Naib Canselor (TNC) UUM yang aku rapat ialah Dr Ahmad Fawzi Basri ( Allahyarham).Ada beberapa kenangan bersama dengan beliau yang masih segar dalam ingatan setiap kali terdengar atau tersebut nama arwah.
Ketika menjadi penuntut UUM ambilan yang pertama pada tahun 1984, beliau adalah Tok Penghulu kepada kami mahasiswa dan mahasitua ( istilah yang beliau berikan kepada mahasiswa yang lanjut usia.Tetapi mereka dapat menerimanya tanpa sebarang prejudis).Itulah kelebihan arwah,Beliau petah berbicara dan pandai memainkan fakta terutama tentang sejarah yang memang bidang kepakarananya,
Awal daripada itu lagi sewaktu memohon ke IPTA melalui borang UPU ( Unit Pengambilan Universiti) aku dan calon UUM dikehendakli menghadiri satu temuduga dan Arwah adalah salah seorang panelnya dan seorang lagi kalau tak silap ialah En Abu Seman Awang ( kami pangggil beliau Pak Abu @ Amitab Bachan) .Ketika itu aku ditanya tentang aktiviti badan beruniform.Apalagi mendidih /menggelegak darah ketenteraan yang mengalir di dalam badanku.Dengan penuh semangat aku menyatakan kesediaan untuk berkhidmat di dalam badan beruniform jika terpilih.Alhamdulillah janji tidak tinggal janji.Aku salah seorang Kedet Sarjan dalam PALAPES UUM.Siapa yang tak kenal Kedet Sarjan Azaman.Bukan nak meninggi diri tapi aku pernah mendapat Anugerah Kedet Sarjan Terbaik dan mengetuai perbarisan di hadapan orang-orang kenamaan termasuk Yang Di Pertuan Agung ketika menerima tauliah Leftenan Muda di UKM pada tahun 1987.
Sewaktu di tahun-tahun awal di UUM beliau menjadi pesnyarah Pengajian Malaysia yang wajib diambil oleh setiap pelajar dan wajib lulus.Kuliahnya sangat menarik dan ceria dengan cerita dan lawak jenakanya yang tak habis- habis.Dia amat mudah tersenyum.Kalau ada yang bertanyakan soalan yang sensitif, dia akan mengulas soalan itu dahulu sebelum menjawabnya.Ulasannya begitu bersahaja sehingga hilang unsur-unsur sensitif soalan itu.Contohnya kami amat tidak selesa memakai tali leher yang diwajibkan kepada semua pelajar lelaki . Ia menjadikan kami universiti pertama dalam dunia yang mewajibkan etika pakaian seumpama itu.Dia menyoal balik "apakah nama negara jiran kita?" Semua menjawab "Thailand!".Kalau jiran kita Thailand ,apa salahnya kita memakai neck tie, kan dekat bunyinya dengan Thai".Dalam pening memikirkan jawapannya ,hilang geram dan marah timbul gelihati dan rasional.
Satu lagi peristiwa yang berlaku ialah beliau dan Pak Abu membantu aku dan rakan sebilik ketika kami terlibat dalam satu kemalangan .Petang itu aku dan Zubir pergi makan-makan di Kuala Kedah.Ini memang tempat favourite kami jika ada lebihan budget.Selalunya kami tiba awal malam dan ambil tempat di atas pelantar yang mengunjur ke dalam laut.Jika air pasang lagi menggamit kenangan apabila melihat air berombak di bawah gelegar sambil bermandikan cahaya lampu.
Selalunya kami makan sate 100 cucuk atau 50 cucuk seorang.Ini kira makan besar .Sambil makan kami sembang kosong sampai lewat malam.Malam tu kami balik dan memandu dengan kelajuan sederhana.Apabila sampai di jalan besar sebuah kereta BMW datang dari arah bertentang dan terus menghentam kereta mazda kami.Kereta BMW terhenti di tengah jalan sementara Mazda kami perlahan-lahan masuk ke dalam longkang besar di tepi jalan.Alhamdullillah aku tidak mengalami sebarang kecederaan.Tapi Zubir patah gigi dan bibirnya terkoyak.
Kami dibawa oleh seorang lelaki yang budiman ke Hospital Sultanah Bahiyah berhampiran stadium di Alor Setar.Semasa di sana kami menelefon ke Tamansiswa UUM dan kebetulan Arwah sedang mengadakan mesyuarat di pejabat.Jadi dengan cepat maklumat dapat sampai dan dalam kurang sejam arwah dan Pak Abu sudahpun berada di hospita.Kami balik dengan kereta Pak Abu dan kenderaan kami deserahkan kepada lelaki budiman tadi yang kebetulan rumahnya di sekitar kawasan kejadian.Itu yang buat aku rasa terhutang budi kepada Arwah dan Pak Abu dan juga lelaki budiman tadi..
Semasa mengajar di Matrik ada sekali isteri beliau menjadi PK HEA/PK 1.Jadi selalu beliau menghantar isterinya untuk memberi taklimat kepada pelajar- pelajar selalunya pada sebelah malam.Ada sekali ketika minggu orientasi beliau datang bersama isteri.Tapi arwah duduk di belakang ,Aku kasihan dan tolong temankan beliau. Beberapa minit kemudian beliau mengajak aku keluar ambil angin ke kantin di kolej kediaman.Beliu naik kereta aku dan kami minum- minum sambil borak santai dengan Pak Leh, pemilik kantin.Itu adalah kenangan yang sangat manis bagiku.
Beliau meninggal beberapa tahun selepas aku meninggalkan matrik UUM ketika masih sebagai TNC UUM.Beliau seorang yang paling senior dan lama di UUM.Tak hairanlah jika beliau diberi kepercayaan untuk mengepalai universiti terulung dalam bidang pengurusan itu.
Aku sangat mengaguminya dari segi perawakan dan perwatakannya.Misainya walau tidak bertaring memang hitam berkilat dan padan dengan kulitnya yang putih.Gaya penyampaian kuliah yang bersahaja tetapi bersungguh-sungguh amat mengkagumkan.Lawak spontan dan kilasan/bidasan bersahajanya amat mengkagumkan.Seoalah - olah dia Profesor Serba Tau.
Al FAtihah buat Allahyarham PROF DR KOLONEL AHMAD FAWZI MUHAMMAD BASRI