Khamis, 9 Oktober 2014

Abseiling tower uum




Dalam banyak- banyak kemudahan awam yang terdapat di UUM, abseiling tower adalah yang paling aku minat.Tempat lainpun banyak yang aku minat , tetapi yang satu ini amat istimewa kepadaku.Akan ku kenang banyak kenangan manis di sini.

Menara ini tingginya lebihkurang 6 tingkat ataupun 60 kaki atau 20 meter.Tinggi tidaklah tinggi sangat kepada yang berpengalaman macam aku ini.Adalah sikit pengalaman, mungkin dalam 50 kali terjun ...Tempat ini banyak kenangan kerana aktiviti abseiling, repelling dan flying fox  amat aku minati.Aku menggunakan menara ini sebagai alat untuk melatih anak-anak matrikulasi terutama mereka yang terlibat di dalam Rejimen Askar Wataniah ( RAW)  dan Kelab Kecemerlanngan Matrikulasi (KKM) .Selalunya aku uruskan sendiri dengan menggunakan tenaga budak-budak matrik sambil mengajar mereka beberapa kemahiran asas seperti mengikat tali "anchor:" atau mengikat "harness" dan menggunakan "crab" atau  "carrebiner"  dan  "figure of eight "dengan betul.


Di sini juga aku mengadakan kursus dengan guru-guru penasihat KKM bagi memantapkan fizikal dan kemahiran menguruskan tali di samping memupuk semangat kerjasama berkumpulan.Ada kalanya aku sebagai pelatih,adakalanya sebagaia julatih dan adakalanya aku sebagai pemerhati sahaja..selalunya memang akku jadi  juruletih..pengurusan tali memang meletihkan..keluarkan tali ,,seusun crab dan figure of eight..harness ..sarung tangan  dan sebagainya memang memerlukan ketelitian dan fokus  kerana ia melibatkan nyawa.Kalau jatuh dari menara itu memang tak selamat..

Ada juga sekali tu aku menguruskan latihan abseiling..ketika itu aku sebagai pelepas di atas menara..berada di atas menara  pada waktu  awal petang memang mengujakan kerana menara itu seakan-akan bergoyang,,kita boleh rasakan ia bergoyang ..hanya kita yang tahu dan dapat rasakan..orang di bawah memang tak perasan...

Apabila aku lepaskan budak dari atas selepas memeriksa peralatan dan tali , maka keselamatan budak itu bergantung kepada tali dan pemegang tali keselamatan di bawah ..dan selebihnya berserah sahaja kepada Allah..Ada sorang budak tu turun dan terus  meninggalkan tapak latihan..sepatutnya apabila selamat sampai dia perlu melaporkan kepada pelepas bahawa dia sudah selamat turun..tetapi tidak..terus dia hendak balik ke asrama..aku arahkan orang mencarinya selepas tamat latihan..ketika tamat latihan hari sudah hampir senja..

Aku tanya dia kenapa terus balik..dia kata ada seorang tua berjanggut putih dan bertongkat  menyuruhnya balik dengan nada suara marah..kalau tak silap kejadian itu berlaku waktu hampir zohor..Jadi aku pesankan kepada  pelajar tu supaya diamkan sahaja kisah tersebut..Alhamdulillah budak tu memang menurut kata..kalau tidak hebohlah cerita tu..

Aku ada bersembang dengan pengawal keselamatan yang lama/senior..kata mereka memang ada terserempak dengan orang tua janggut putih bertongkat tu..katanya orang tua tu orang bunian /penunggu tempat tu..dia selalunya pegi mandi/berwudhuk di tepi sungai berhampiran Dewan Muadzam Shah..Wallahuaklam..aku setakat ni memang dipelihara Allah daripada nampak perkara- perkara yang pelik dan luar kebiasaan tu..

Banyak lagi kenangan di menara tu ..nanti ada kesempatan lain aku cerita  lagi   Insyaallah  ...

Isnin, 6 Oktober 2014


budak-budak blok A

Aku ditugaskan menjaga Blok A.Masa tu kita orang tak kisahkan sangat soal  nama.Lagipun senang mengingat dan menyebutnya.Apabila orang bertanya senang mengingatinya dan aku selalu melawak , "A  tu pangkal nama aku.Jadi agaknya itu sebab pengetua kolej bagi aku jaga!"

Kebetulan pada masa tu blok A  adalah khas untuk budak lelaki yang menjadi anggota Rejimen Askar Wataniah (RAW). Aku pulak kebetulan masa tu  masih lagi berpangkat leftenan muda  dalam RAW.Memang tepat sangatlah aku menjaga blok tu.

Masa itu ramai cikgu lain yang aktif dalam RAW seperti Fuad, Md Yusof, Ali Rashidee, Ahmad Fauzi dan perempuannya Rozila.Masa tu aku yang menonjol sangat sebab aku dah pergi kursus senjata kompeni  dan masa belajar dulu aku yang paling aktif dan menonjol dalam PALAPES.

Malangnya masa tu aku sangat keras dan tegas dengan budak-budak matrik.Maklumlah kan namanya askar,Pagi- pagi Jumaat memang ada program pendidikan jasmani dan latihan sepanjang hari sehingga ke petang.Jadi aku buat jadual bertugas bergilir- gilir dengan cikgu lain yang berminat,Tetapi selalunya apa-apa hal mereka dan kolej akan merujuk kepada aku.

Aku menguruskan bahagian logistik-  pakaian dan peralatan.Jadi bila akhir tahun, pelajar-pelajar yang akan naik ke peringkat ijazah akan menyerahkan kembali semua pakaian dan peralatan yang mereka pinjam.Pernah satu bilik aku penuh dengan pakaian askar.Bila aku nak kembalikan ke Markas RAW  di Bukit Keteri Perlis pada ketaka itu, Adjutannya  suruh aku lupus kira sahaja.Bayangkan satu bilik penuh uniform askar aku kena uruskan.Apalagi aku faraidkan kepada rakan-rakan guru dan mereka yang baik denganku termasuk geng pejabat dan KKM.

Apa lagi semua orang cukup suka dan sayang kepadaku.Tambahan aku tak kedekut dan berkira sangat.Lagipun benda tu  bukannya aku yang punya.Lagipun aku nak buat apa dengan satu lori kain baju dan peralatan lain berloreng- loreng itu.

kantin Pak Leh

Pak Leh memang seorang tukang masak profesional.Apa yang kita minta itu yang kita dapat.Maasakannya memang sedap dan ia mendapat pujian sesiapa sahaja yang datang makan dan  minum di situ.Ia terletak di Kolej MISC atau Kolej Ke Enam.Ia didiami oleh pelajar - pelajar lelaki Matrikulasi.Iseriku pun sangat meminati masakan Pak Leh.

Kalau ada jamuan atau mesyuarat kolej kediaman yang melibatkan kedua-dua kolej,  selalunya diadakan di pejabat Kolej MISC.Biasanya Cikgu Sabirin , Pengetua Kolej akan mengadakannya di Kolej MISC.Jadi cikgu /felo perempuan akan datang bertandang.Jarang mereka merungut kerana selepas mesyuarat sudah pasti juadah istimewa hasil tangan Pak Leh sedia menanti.Semuanya  terdiam apabila merasai masakan Pak Leh.Mesyuarat yang panas sebentar tadi terus jadi sejuk..

Pak Leh orang Kedah/Perlis.Jadi beliau mudah  mesra dengan loghat yang tidak terlalu sukar kita orang luar kedah/perlis untuk memhaminya.Dia berpengalaman berniaga makanan di UiTM Arau Perlis sebelum ini.Lagi satu kelebihan Pak Leh , dia mesti beri lebih.Kalau kita pesan makan untuk 25 orang , dia akan sediakan makanan untuk 30 orang.Kalau Kita  pesan nasi bungkus  30  dia akan beri dua atau tiga bungkus lebih termasuk buah-buahan dan juga minuman.

Memang masing- masing orang ada gaya dan cara yang tersendiri.Tetapi kita yang berurusan dengan mereka dapat merasakan keihklasan di dalam makanan dan minuman yang mereka sediakan.Percaya atau tidak apabila kita makan makanan yang disediakan dengan penuh penuh kaksih sayang, kita akan merasa kenyang dan perasan sedap itu akan kekal dalam ingatan walaupun kennyangnya sudah hilang.Begitulah dengan Pak Leh.

Lama Pak Leh memegang tender di kafea Kolej MISC.Sekali sekala  apabila teringat aku akan memmbawa isteri dan anak-anak makan di kafe Pak Leh walaupun ketika itu aku duduk di Changlun.Sambil makan Pak LEh tidak berkira untuk duduk bersama melayan kami makan sekeluarga macam keluarga sendiri.Inilah kelebihan yang mudah di dapati di negeri Kedah.Berbeza dengan negeri-negeri lain.Selama lima tahun belajar dan hampir 10 tahun mengajar  di kedah , inilah kenangan yang dapat kurasai kehangatannya hingga ke hari ini.

Kantin Pak Lah

Kantin Pak Lah terletak di Bangunan B5  kolej TELEKOM yang menempatkan pelajar-pelajar perempuan Matrikulasi.Kerap aku dijemput ke kantin ini apabila pelajar mengadakan jamuan dan aktiviti di bangunan tersebut.Di situ juga terletaknya pentadbiran Kolej TELEKOM.Jadi jika ada mensyuarat felo/warden memang jamuan akan di adakan di situ.

Pak Lah  tinggi tegap orangnya tetapi berkulit gelap.Dari ceritanya aku dapat meneka dia pernah berkhidmat di dalam pasukan keselamatan sebelum menceburkan diri ke dalam perniagaan makanan.Dia dan isterinya peramah dan mudah mesra.Kalau aku bawa isteri dan anak- anak bersama bukan main gembira mereka bermain dan bermesra dengan ank- anakku.

Makanan di kantin Pak Lah biasa sahaja tetapi yang istimewanya ialah harga dan layanan beliau suami isteri.Selalunya aku memang suka masakan dua rasa atau tiga rasa ikan bawal atau siakapnya.Tetapi yang tidak boleh dilawan ialam mesranya menyapa dan menyambut kedatangan kita disamping menghantar kita pulang sampai ke kereta.Ini memang siapapun tak boleh lawan.Jadi kalau  pelajar matrik minta  pendapat aku memang aku cadangkan kafe Pak Lah untuk sebarang majlis jamuan.

The MALL uum



Kedudukan the Mall sangat strategik.Ia terletak di tengah-tengah keratan lintang antara Masjid UUM dengan Bangunan Canselori.

Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM




Bangunan ini adalah yang paling besar dan tinggi selain daripada Dewan Muadzam Shah.Memang betullah dengan fungsinya sebagai gudang ilmu.Walaupun kami menumpang tetapi staf yang bertugas tidak pernah membezakan pelajar Matrik dengan pelajar UUM.Jadi dari segi perbandingannya pelajar Matrik sangat bertuah kerana mempunyai buku rujukan yang jauh kebih banyak dan baik berbanding dengan rakan mereka yang lain

Aku memang kaki buku.Kerja aku masuk perpustakaan cari buku-buku yang baik kemudian hantar ke kaunter fotostat.Kadang-kadang pagi aku hanatara  aku ambil semula pada sebelah petang atau keesokan harinya bergantung kepada jumlah buku, Aku buat koleksi peribadi di rumah dalam bilik khas.Ada setengahnya sampai sekarang masih kekal dalam simpananku.Maklumlah zaman dulu mana ada scanner .Seamua perlu disimpan dalam bentuk hardcopy.